Isnin, 2 Januari 2012

Hari Orientasi Prssekolah 2012

31 Disember 2011 Sabtu , Hari orientasi Prasekolah 2012 telah selamat dijalankan dari Jam 9.00 Pagi hingga 10.30 Pagi. Semua ibu bapa dan penjaga Murid Prasekolah dan Juga Tahun 1 telah diberi Taklimat oleh Encik Mohamed Bin Che Ree Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pekan Rabu. Manakala murid akan bersama guru sebagai sesi suai kenal.

Walaupun kehadiran murid memuaskan kerana ramai murid yang tidak dapat hadir . Pada tahun ini bilangan murid prasekolah berkurangan. hanya 11 orang yang telah mendaftar di Prasekolah dan masih mempunyai ruang dan tempat kosong. Adalah amat di alu-alukan bagi yang berminat untuk masuk ke Prasekolah baru yang dinamakan Prasekolah AL-FALAH yang membawa maksud KEJAYAAN. InsyaAllah dengan kejayaan lah akan menjadikan murid sebagai bakal pemimpin di masa hadapan ( We Are The Leaders). InsyaAllah.

Bersama -sama ini di serta kan beberapa gambar yang mencuit hati semasa hari orientasi guru prasekolah bersama bakal murid prasekolah 2012.


1 ulasan:

  1. Mohamad b. Che Ree - GB SKPR4 Januari 2012 pada 9:59 PTG

    Salam Tahun Baharu dan selamat menempuh alam persekolahan 'Prasekolah' kepada semua murid pra SK Pekan Rabu. Serta selamat bertugas kepada guru dan ppm prasekolah SKPR.

    BalasPadam