Ahad, 9 September 2012

Minggu Ppeperiksaan dan Penilaian.

Maaf kepada pembaca setia blog.....blog saya kian lama tak update ...mklumlah adminyer bz sgt..anyway thn nie Prasekolah Sk.Pekan Rabu still mcm biasa....cikgunyer sibuk menekankan murid prasekolah dpt menguasai 4M...minggu nie adalah minggu UPSR..maka dengan secara tak langsung murid prasekolah pun menghadapi EXAM bagi mengenal pasti sejauh mana tahap pengguasaan murid dalam pembelajaran sepanjang tahun. Mudah-mudahan anak-anak dapat menjawab dengan cemerlang....Good Luck....

Selasa, 14 Ogos 2012

Majlis Penutupan Ihya Ramadan 1433H (2012)

Salam Ramadan 1433H Bagi Tahun 2012....

Walaupun Majlis Penutupan Ihya Ramadan  ringkas tapi meriah rasanya...murid sangat seronok kerana hari ini merupakan hari terakhir persekolahan dan selepas ini murid akan bercuti sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Murid diberi saguhati goodybeg dan duit raya.

 Aqil dan Hanif bersalaman dan berpelukan mohon maaf sbb banyak buat salah dan bergaduh....heheh
 huh semangat peluk tu....

 Hadiah istimewa sempena hari raya iaitu sebalang besar biskut mazola...1 pek VICO, 1pek susu Dugro,,,1 kotak cocrunch dan 1pek biskut tiger dan kek apllo..serta duit raya...







Isnin, 6 Ogos 2012

SALAM NUZUL QURAN ...


Masih tidak terlewat utntuk saya mengucap kesyukuran alhamdulilah kerana kita masih diberi kesempatan untuk menghayati hari  Nuzul Quran dan untuk kita mengerjakan ibadah puasa yang ke 17 iaitu 17 Ramadan 1433H. 17 Ramadan merupakan tarikh dimana berlakunya peristiwa Nuzul Quran , semoga kita perbanyakan amal ibadat di bulan mulia ini..InsyaAllah,..amin...

Isnin, 7 Mei 2012

Tema Kenderaan Darat

Salam Muhibbah...Salam kembali......

Minggu Tema "Kenderaan Di Darat" memang best...murid-murid berebut nak naik kereta dan motor..kena lah bergilir-gilir. Objektifnya ialah murid dapat merasai pengalaman menaiki kenderaan di darat seperti motorsikal dan kereta.

Gulai tempoyak ikan mayong, 
deroyan busuk tebok tupai,
pandu hemat ingat kampong, 
asal teman selamat sampai.

















Khamis, 26 April 2012

video

Salam Manis....Sambutan Birthday Aina Qistina Bt Nur Muhamad Uwais Al-Qorni ( 5 thn)..Thanks to Pn Yusmarianie kerana memberi sumbangan kek dan makanan. Walaupun sambutan yang dibuat kecil2an...tapi tunggu erk saya akan buat sambutan besar2an pada 30 April nanty..hehehehJemput datang yer....

Selasa, 24 April 2012

sudah bersawang Blog gua.....heheh

Salam Pembuka bicara ...salam sekian lama..salam masa berlalu..tidak disangka semakin bersawang blog kerana tidak di update dengan catatan baru...MAAF sungguh kerana pengusaha blog ini tidak diberi kesempatan untuk mengupdate blog keran terlalu padat dengan pengisian agenda kehidupan sebagai seorang anak, seorang isteri, seorang pendidik dan seorang pekerja. Namun hati sering merindui blog ini...InsyaAllah.. jika terdapat ruang-ruang kelapangan akan sentiasa menghidupkan semula ruangan kesayangan saya ini....

Jumaat, 20 Januari 2012

Selamat Bercuti Tahun Baru Cina 2012

20 Januari 2012,,,Jumaat..yyyyyeeeeeeaaaa seronokya cuti 4 hari sempena menyambut Tahun Baru Cina 2012..murid-murid apa lagi telah dibekalkan dengan banyak tugasan sempena cuti sekolah..Harap2 buku pun jangan cuti udah ler....apa pun terdapat jugak aksi2 hangat murid Heppy sebelum bercuti...yahooooo.....

Selasa, 17 Januari 2012

Menghaluskan jari jemari

Antara ciri – ciri general yang kita boleh perhatikan dikalangan kanak – kanak bermasalah pembelajaran ialah kanak-kanak tersebut belum boleh memasang butang baju, memasang tali kasut dan yang boleh menggangu pembelajarannya ialah ketidakupayaannya memegang pensel dengan baik menulis / mewarna dengan betul.
Apa yang dikatakan kemahiran motor halus?
Kemahiran motor halus adalah koordinasi gerakan otot kecil yang berlaku, contohnya jari kita iasanya berkoordinasi dengan mata.
Kemampuan / kemahiran yang melibatkan penggunaan tangan berkembang dari masa ke semasa. Untuk kanak – kanak normal, perkembangan kebolehan motor halus mereka berkembang sesuai dengan usia mereka.   Normalnya, perkembangan motor halus – koordinasi tangan dan mata bermula dengan gerakan primitif seperti mengambil sesuatu dengan tepat. Kemahiran motor halus adalah kemahiran yang melibatkan penggunaan otot halus – otot kecil yang mengawal tangan, jari dan ibu jari. Pembangunan kemahiran ini membolehkan seseorang untuk dapat menyelesaikan tugas sepertimenulis, menggambar, dan mengancingkan.
Ketika anak memasuki usia  pertengahan, dia membuat kemajuan besar dalam kemampuan artistik mereka. Mereka mula untuk mengekspresikan diri melalui gambar, mengukir, dan modeling tanah liat.

Salah Satu perancangan aktiviti :

Standard Pembelajaran  
(PFK 1.2) Melakukan kemahiran kordinasi mata tangan dalam perkembangan kemahiran motor halus

Objektif 
1. Murid dapat menguasai kemahiran motor halus seperti menggentel,  menguli, membentuk dengan menggunakan doh tepung.

Aktiviti :
1. Murid menguli dan membentuk huruf yang mudah dan membentuk nama sendiri.

Refleksi :
Alhamdulilah hampir 100% murid dapat menguasai kemahiran motor halus dengan membentuk pelbagai huruf yang dilihatnya. ada juga yang dapat membentuk nama sendiri. ini membuatkan guru amat teruja dan gembira dengan hasil yang tunjukkan oleh murid. murid juga gembira sepanjang aktiviti ini dijalankan.

Disini saya sertakan beberapa kepingan gambar yang berkaitan dengan aktiviti.











Khamis, 5 Januari 2012

Minggu Orientasi Dengan Cikgu Haida

Minggu Orientasi adalah minggu suai kenal guru dengan murid....kini 3 hari sudah berlalu....saya dapat mengenali murid dari pelbagai aspek. Namun Alhamdulilah sepanjang minggu ini tiada anak murid yang menangis atau melekat pada ibu dan ayah atau penjaga. Dan Tahun ini juga tiada yang menangis memanjat Grill pagar prasekolah..heheheh.. Semua aktiviti dan disiplin berjalan dengan lancar..kebanyakan murid sudah boleh menguasai aktiviti Pratulis  iaitu mengikut garisan dot dot dan cara memegang pensil dengan baik dan betul. InsyaAllah...murid Prasekolah akan berperingkat terus maju mencapai kejayaan (AL-Falah) seperti yang diharapkan. Amin..

Baca Doa makan sebelum makan



 Amboi seronok nyer...
 La....ada yang merajuk la pula.....
 murid yang dapat menyusun nama sendiri.....AQIL
 HAKIM
 HANIF...apsala pula N terbalik tu....
 ha..dah pening melihat huruf..betul ker tu???
 FARID....ha barulah betul.....yeaaaaayyy...

 Serius nampak...


 Aik semua aksi termenung jer...
Murid 2012