Antara ciri – ciri general yang kita boleh perhatikan dikalangan kanak – kanak bermasalah pembelajaran ialah kanak-kanak tersebut belum boleh memasang butang baju, memasang tali kasut dan yang boleh menggangu pembelajarannya ialah ketidakupayaannya memegang pensel dengan baik menulis / mewarna dengan betul.
Apa yang dikatakan kemahiran motor halus?
Kemahiran motor halus adalah koordinasi gerakan otot kecil yang berlaku, contohnya jari kita iasanya berkoordinasi dengan mata.
Kemampuan / kemahiran yang melibatkan penggunaan tangan berkembang dari masa ke semasa. Untuk kanak – kanak normal, perkembangan kebolehan motor halus mereka berkembang sesuai dengan usia mereka. Normalnya, perkembangan motor halus – koordinasi tangan dan mata bermula dengan gerakan primitif seperti mengambil sesuatu dengan tepat. Kemahiran motor halus adalah kemahiran yang melibatkan penggunaan otot halus – otot kecil yang mengawal tangan, jari dan ibu jari. Pembangunan kemahiran ini membolehkan seseorang untuk dapat menyelesaikan tugas sepertimenulis, menggambar, dan mengancingkan.
Ketika anak memasuki usia pertengahan, dia membuat kemajuan besar dalam kemampuan artistik mereka. Mereka mula untuk mengekspresikan diri melalui gambar, mengukir, dan modeling tanah liat.
Salah Satu perancangan aktiviti :
Standard Pembelajaran
(PFK 1.2) Melakukan kemahiran kordinasi mata tangan dalam perkembangan kemahiran motor halusObjektif
1. Murid dapat menguasai kemahiran motor halus seperti menggentel, menguli, membentuk dengan menggunakan doh tepung.
Aktiviti :
1. Murid menguli dan membentuk huruf yang mudah dan membentuk nama sendiri.
Refleksi :
Alhamdulilah hampir 100% murid dapat menguasai kemahiran motor halus dengan membentuk pelbagai huruf yang dilihatnya. ada juga yang dapat membentuk nama sendiri. ini membuatkan guru amat teruja dan gembira dengan hasil yang tunjukkan oleh murid. murid juga gembira sepanjang aktiviti ini dijalankan.
Disini saya sertakan beberapa kepingan gambar yang berkaitan dengan aktiviti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan