Isnin, 7 Mei 2012

Tema Kenderaan Darat

Salam Muhibbah...Salam kembali......

Minggu Tema "Kenderaan Di Darat" memang best...murid-murid berebut nak naik kereta dan motor..kena lah bergilir-gilir. Objektifnya ialah murid dapat merasai pengalaman menaiki kenderaan di darat seperti motorsikal dan kereta.

Gulai tempoyak ikan mayong, 
deroyan busuk tebok tupai,
pandu hemat ingat kampong, 
asal teman selamat sampai.

















Khamis, 26 April 2012

video

Salam Manis....Sambutan Birthday Aina Qistina Bt Nur Muhamad Uwais Al-Qorni ( 5 thn)..Thanks to Pn Yusmarianie kerana memberi sumbangan kek dan makanan. Walaupun sambutan yang dibuat kecil2an...tapi tunggu erk saya akan buat sambutan besar2an pada 30 April nanty..hehehehJemput datang yer....

Selasa, 24 April 2012

sudah bersawang Blog gua.....heheh

Salam Pembuka bicara ...salam sekian lama..salam masa berlalu..tidak disangka semakin bersawang blog kerana tidak di update dengan catatan baru...MAAF sungguh kerana pengusaha blog ini tidak diberi kesempatan untuk mengupdate blog keran terlalu padat dengan pengisian agenda kehidupan sebagai seorang anak, seorang isteri, seorang pendidik dan seorang pekerja. Namun hati sering merindui blog ini...InsyaAllah.. jika terdapat ruang-ruang kelapangan akan sentiasa menghidupkan semula ruangan kesayangan saya ini....

Jumaat, 20 Januari 2012

Selamat Bercuti Tahun Baru Cina 2012

20 Januari 2012,,,Jumaat..yyyyyeeeeeeaaaa seronokya cuti 4 hari sempena menyambut Tahun Baru Cina 2012..murid-murid apa lagi telah dibekalkan dengan banyak tugasan sempena cuti sekolah..Harap2 buku pun jangan cuti udah ler....apa pun terdapat jugak aksi2 hangat murid Heppy sebelum bercuti...yahooooo.....

Selasa, 17 Januari 2012

Menghaluskan jari jemari

Antara ciri – ciri general yang kita boleh perhatikan dikalangan kanak – kanak bermasalah pembelajaran ialah kanak-kanak tersebut belum boleh memasang butang baju, memasang tali kasut dan yang boleh menggangu pembelajarannya ialah ketidakupayaannya memegang pensel dengan baik menulis / mewarna dengan betul.
Apa yang dikatakan kemahiran motor halus?
Kemahiran motor halus adalah koordinasi gerakan otot kecil yang berlaku, contohnya jari kita iasanya berkoordinasi dengan mata.
Kemampuan / kemahiran yang melibatkan penggunaan tangan berkembang dari masa ke semasa. Untuk kanak – kanak normal, perkembangan kebolehan motor halus mereka berkembang sesuai dengan usia mereka.   Normalnya, perkembangan motor halus – koordinasi tangan dan mata bermula dengan gerakan primitif seperti mengambil sesuatu dengan tepat. Kemahiran motor halus adalah kemahiran yang melibatkan penggunaan otot halus – otot kecil yang mengawal tangan, jari dan ibu jari. Pembangunan kemahiran ini membolehkan seseorang untuk dapat menyelesaikan tugas sepertimenulis, menggambar, dan mengancingkan.
Ketika anak memasuki usia  pertengahan, dia membuat kemajuan besar dalam kemampuan artistik mereka. Mereka mula untuk mengekspresikan diri melalui gambar, mengukir, dan modeling tanah liat.

Salah Satu perancangan aktiviti :

Standard Pembelajaran  
(PFK 1.2) Melakukan kemahiran kordinasi mata tangan dalam perkembangan kemahiran motor halus

Objektif 
1. Murid dapat menguasai kemahiran motor halus seperti menggentel,  menguli, membentuk dengan menggunakan doh tepung.

Aktiviti :
1. Murid menguli dan membentuk huruf yang mudah dan membentuk nama sendiri.

Refleksi :
Alhamdulilah hampir 100% murid dapat menguasai kemahiran motor halus dengan membentuk pelbagai huruf yang dilihatnya. ada juga yang dapat membentuk nama sendiri. ini membuatkan guru amat teruja dan gembira dengan hasil yang tunjukkan oleh murid. murid juga gembira sepanjang aktiviti ini dijalankan.

Disini saya sertakan beberapa kepingan gambar yang berkaitan dengan aktiviti.











Khamis, 5 Januari 2012

Minggu Orientasi Dengan Cikgu Haida

Minggu Orientasi adalah minggu suai kenal guru dengan murid....kini 3 hari sudah berlalu....saya dapat mengenali murid dari pelbagai aspek. Namun Alhamdulilah sepanjang minggu ini tiada anak murid yang menangis atau melekat pada ibu dan ayah atau penjaga. Dan Tahun ini juga tiada yang menangis memanjat Grill pagar prasekolah..heheheh.. Semua aktiviti dan disiplin berjalan dengan lancar..kebanyakan murid sudah boleh menguasai aktiviti Pratulis  iaitu mengikut garisan dot dot dan cara memegang pensil dengan baik dan betul. InsyaAllah...murid Prasekolah akan berperingkat terus maju mencapai kejayaan (AL-Falah) seperti yang diharapkan. Amin..

Baca Doa makan sebelum makan



 Amboi seronok nyer...
 La....ada yang merajuk la pula.....
 murid yang dapat menyusun nama sendiri.....AQIL
 HAKIM
 HANIF...apsala pula N terbalik tu....
 ha..dah pening melihat huruf..betul ker tu???
 FARID....ha barulah betul.....yeaaaaayyy...

 Serius nampak...


 Aik semua aksi termenung jer...
Murid 2012

Isnin, 2 Januari 2012

Hari Orientasi Prssekolah 2012

31 Disember 2011 Sabtu , Hari orientasi Prasekolah 2012 telah selamat dijalankan dari Jam 9.00 Pagi hingga 10.30 Pagi. Semua ibu bapa dan penjaga Murid Prasekolah dan Juga Tahun 1 telah diberi Taklimat oleh Encik Mohamed Bin Che Ree Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pekan Rabu. Manakala murid akan bersama guru sebagai sesi suai kenal.

Walaupun kehadiran murid memuaskan kerana ramai murid yang tidak dapat hadir . Pada tahun ini bilangan murid prasekolah berkurangan. hanya 11 orang yang telah mendaftar di Prasekolah dan masih mempunyai ruang dan tempat kosong. Adalah amat di alu-alukan bagi yang berminat untuk masuk ke Prasekolah baru yang dinamakan Prasekolah AL-FALAH yang membawa maksud KEJAYAAN. InsyaAllah dengan kejayaan lah akan menjadikan murid sebagai bakal pemimpin di masa hadapan ( We Are The Leaders). InsyaAllah.

Bersama -sama ini di serta kan beberapa gambar yang mencuit hati semasa hari orientasi guru prasekolah bersama bakal murid prasekolah 2012.