Selasa, 22 November 2011

Kaedah mengajar Murid Prasekolah Cepat Membaca dan Berkesan...

saya di sini ingin berkongsi dengan rakan-rakan berkenaan cara dan kaedah Cepat membaca dengan berkesan melalui web yang saya terbaca iaitu.....www. cepatmembaca.blogspot.com...jadi bagi rakan-rakan seperjuangan boleh lah kita bersama-sama memantapkan lagi prestasi Murid Prasekolah pada Tahun 2012..

KAEDAH FONETIK / FONIK GABUNGBUNYI Bacalah Anakku - to some of you may be this is the first time you come across this word. Saya masih ingat pada tahun pertama kami publish Bacalah Anakku. Ada orang fon cari buku kaedah fotenik... mujurlah tak hydroponik (masa tu orang tengah gila tanam pokok hydroponik)! So apa sebenarnya kaedah fonetik/fonik ni? In simple language fonik means 'bunyi'. Bunyi ape ye? Bunyi huruf ke?

Let me explain - let's take a word 'ani'. Say it aloud. Now, what are the sounds you hear when you say 'ani'? Anda mungkin katakan ada bunyi /a/ dan /ni/. Boleh diterima. Tapi /ni / sebenarnya terdiri daripada 2 bunyi - iaitu /n/ dan /i/. Jadi ada 3 bunyi paling kecil dalam 'ani'.

Let's take another word, 'abang'. Cuba sebut bunyi-bunyi dalam 'abang'. /a/, /b/, /a/ dan /ng/. dalam 'abang' ada 4 bunyi sahaja walaupun ada 5 huruf.

So setiap bunyi ini boleh di wakili oleh satu simbol(huruf). Bunyi /a/ diwakili huruf 'a'. Bunyi /n/ oleh huruf 'n', Bunyi /i/ oleh 'i'. Bunyi /b/ oleh 'b' dan bunyi /ng/ oleh 'ng'. Dan semua bunyi-bunyi ini adalah bunyi yang terdapat dalam Bahasa Melayu.


Dalam Kaedah Fonetik Bacalah Anakku, kanak-kanak diajar bunyi-bunyi paling kecil dalam Bahasa Melayu( 28 bunyi kesemuanya). Mereka tidak diajar menyebut /ei/, /bi/, /si/ (a, b, c) iaitu nama-nama huruf.

Jadi bagaimana mereka membaca? kanak-kanak diajar membaca dengan menggabung bunyi. Sebagai contoh /n/ kawan dengan /a/ jadi /na/; /m/ kawan dengan /i/ jadi /mi/. Lebih logik, lebih mudah!

Tidak seperti Kaedah Mengeja(Kaedah Tradisional):
1. Kanak-kanak mesti hafal & kenal /ei/, /bi/, /si/ ... /zed/(a, b, c, ...z) - 26 simbol kesemuanya dulu.

2. Seterusnya, kanak-kanak terpaksa menghafal pola-pola ejaan seperti b(bi) a(ei) ba, b(bi) i(ai) bi, b(bi) u(yu) bu, b(bi) e(e) be, b(bi) e(e) be, b(bi) o(o) bo.
cuba kita bilang ada berapa banyak pola ejaan daripada ba bi bu be be bo sehingga za zi zu ze ze zo - 108 pola.

How about ban bin bun ben ben bon... zan zin zun zen zen zon? tambah lagi 108 pola.

How about bal bil bul bel bel bol .... dan perbagai lagi akhiran sehinggalah bang bing bung beng beng bong. Dah habis bilang ke? Yup beratus-ratus pola for children to memorize in order for them to read all the words in BM.

Patutla ramai kanak-kanak sekolah rendah di M'sia tak hebat membaca( begitu juga pelajar sekolah menengah).

3. Setelah menghafal a, b, c dan pola-pola ejaan(suku kata terbuka dahulu) tadi barulah mereka diajar membaca perkataan.
Bagi perkataan 'baju', kanak-kanak yang menggunakan kaedah mengeja akan 'membatang' & 'mengeja suku kata' dulu , b(bi) a(ei) ba, j(jei) u(yu) ju. Kemudian undur balik sebut 'baju'.

Jelas kaedah mengeja lambat sebab kena masuk gear reverse. Untuk perkataan pendek, okla lagi. Tapi untuk perkataan yang lebih panjang seperti 'menyeronokkan'? Cuba kita try. Susahkan? Kena pandai pecah-pecahkan perkataan dan eja dulu. Kemudian reverse.. By the time reverse to read the word, kanak-kanak dah lupa apa yang disebut mula-mula. Just imagine a 4 year old using this method to learn to read!

Merangkak-rangkak membaca & membebankan memori. Tambahan pula tak logik. Cuba sebut b a (bi ei). Mana boleh bi ei jadi /ba/ - bi ei jadi biei la!. Tak mungkin jadi /ba/..

Bagaimana pula dengan Kaedah Sukukata?

Bagi saya Kaedah Sukukata lebih kurang sama dengan Kaedah Mengeja. Kaedah Sukukata lebih mudah sedikit kerana tidak perlu mengeja pola sukukata terlebih dahulu. Dan bunyi huruf yang diajar dalam Kaedah Sukukata hanyalah huruf vokal aeiou sahaja. Seterusnya pelajar masih lagi perlu menghafal beratus-ratus pola sukukata terbuka & tertutup. Tak kiralah teknik apa yang digunakan, laguke, mimik muka ke, selagi kena hafal beratus pola, kaedah tersebut akan membawa kepada national tragedy... Buta huruf, lambat membaca , tak minat membaca & juga tak hebat Bahasa Inggeris. What Malaysia has gone through for the last 50 years! All in all we won't be able to build a nation of readers!

Bagaimana pula dengan Kaedah Pasembor(oops Kaedah Fonik + sukukata/mengeja)?
Hasil sembang2 dengan cikgu2 yang guna Kaedah Pasembor ni:
1. Ajar sebut nama huruf + bunyi huruf
a(ei)..... a(aa) atau a(ei) bunyinya a(aa)
b(bi)..... b(beh) atau b(bi) bunyinya b(beh).... sampai
z(zed)...z(zz) atau z(zed) bunyinya z(zz)

2. Ajar terus hafal atau eja sukukata terbuka ba bi bu be be bo.... za zi zu ze ze zo

3. Ajar terus hafal sukukata tertutup ban bin bun ben ben bon ... sehingga bang bing bung! Pelajar pengsan... Mujur cikgu dak!

Wahai cikgu-cikgu yang masih menggunakan Kaedah Mengeja, Kaedah Sukukata(sebut terus) atau Kaedah Pasembor, anda

1. membazir your students' precious visual memory. Banyak lagi subjek lain nak guna memori jugak, jawi, quran, mandarin, tamil, arab, matematik .... Pelajar penat otak, cikgu penat mengajar. I met a chinese tadika teacher in JB semasa Kursus Bacalah Anakku. Dia kata "Ayo very tiredla ajar mengeja-ngeja maa. Budak also boring maa." Well what more can I say.

2. tidak berpeluang menggunakan kaedah yang sama untuk mengajar B.Inggeris. So you are not helping to Mertabatkan BM, memperkasakan BI.

Adoi panjangnya entry kali ni. Akan bincang pasa kengkangan & mitos yang menghalang guru kementerian pelajaran menggunakan Kaedah Fonik Gabungbunyi Bacalah Anakku. Jumpa lagi.


1 ulasan: